PERCUBAAN BUNUH DIRI DARI TINGKAT  EMPAT 

DI HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH 


      Seorang perempuan cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat 4 di hospital sultanah bahiyah kelmarin, mangsa dikatakan koma  dan berada di wad kecemasan sekarang. 

     Jumlah kematian akibat bunuh diri mencecah hampir Sejuta orang setiap tahun. Statistik menunjukkan seramai 16 dari 100,000 penduduk atau seorang dalam 40 saat membunuh diri setiap hari.

    Kadar kematian bunuh diri dunia telah meningkat 60% berbanding data 45 tahun lepas. Sesetengah negara mencatatkan kejadian bunuh diri tertinggi berlaku dalam umur 15 – 44 tahun dan ada juga dalam linkungan 10 – 24 tahun.

     Angka ini hanya merekodkan insiden kehilangan nyawa tidak termasuk “cubaan membunuh diri” dimana jumlahnya lebih besar. Iaitu nisbah 20 cubaan berbanding satu kematian bunuh diri (20:1).

     Kajian yang dijalankan menyatakan punca bunuh diri ini terdiri daripada mereka yang mengalami masalah mental ekstrem seperti tekanan perasaan, gangguan personaliti, ketagihan alkohol dan skizofrenia.

        Selain daripada itu, di Eropah dan Amerika Utara menunjukan bahawa kemerosotan kesihatan menjadi punca kepada bunuh diri seperti gangguan sistem saraf, kanser, jangkitan HIV dan beberapa penyakit kritikal yang lain.

Di Malaysia, “National Suicide Registry Malaysia” (NSRM) menganggarkan hampir 500 kematian bunuh diri dicatatkan tahun lepas. Dengan purata 60 kejadian bunuh diri setiap bulan.



YANG TAK KUAT SEMANGAT JANGAN TEKAN PLAY 








                          

Comments